PENGENALAN PROGRAM
Blog boleh ditulis oleh sesiapa dan dibaca oleh sesiapa dengan serta merta tanpa had setelah ia diterbitkan (published).
Mengikut statistik, terdapat hampir 112 juta Blog dan 175,00 Blog baru dicipta setiap hari dan hampir 50% masyarakat Malaysia mencari maklumat baru dari blog.
Dengan demikian, peluang dalam dunia blog sebagai wadah menyalur maklumat adalah sangat tinggi dan harus dipelajari bagi meningkatkan kemampuan diri baik dalam perniagaan atau personaliti diri. Sehubungan itu, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Marang telah menganjurkan satu kursus asas blogger dalam kalangan rakyat di daerah Marang.
Kursus ini akan menerangkan dan melatih anda secara teknikal mengenai blog bermula dari asas hinggalah kepada pengurusan blog dengan berkesan, cepat dan mudah.
Peserta juga akan dipantau dan dibantu sepanjang kursus ini dijalankan. Pendaftaran adalah terbuka kepada setiap orang dan penyertaan adalah percuma.

No comments:
Post a Comment